Beratur untuk kunafa hingga 10 jam? Bagaimana 'kegilaan' terhadap pastri pencuci mulut kunafa ini timbul? Kita bertanya kepada peniaga Singapura, pemilik Mangobossku Encik Mohamad Hussin Said, yang merupakan antara peniaga pertama yang membawa masuk 'crispy kunafa' ke Singapura. Beliau turut berkongsi tentang 'pergaduhan' beliau dengan pengacara Roslan Shah sebelum ini.