Selain nama dan rupa yang berbeza, kurma-kurma itu juga berlainan dari segi kematangannya. Buah kurma melalui empat peringkat utama iaitu khalal (kurma muda), rutab (setengah masak), antara rutab dengan tamar (kurma matang sepenuhnya) dan tamar. Pengasas dan pengerusi Al Barakah Health and Beauty Mart, Encik A Rahman Bahurudeen menjelaskannya.