Dari Kesulitan kepada Kekuatan: Kisah daya tahan

  • 8 Nov 2024
  • 102 views

Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi. Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada. Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau mengalami strok semasa tahun kedua, yang membawa kepada pembedahan kecemasan dan pemulihan. Walaupun menghadapi halangan ini, beliau tetap berusaha untuk mengejar pengkhususan dalam Kejuruteraan Bahan dan Sains Nanoteknologi. Bersama-sama, mereka menekankan pentingnya mencari sokongan, memecahkan stigma tentang kesihatan mental, dan membina komuniti yang memahami serta berdaya tahan.